ARTIKEL

Dr Sim (tiga kanan) menyerahkan tong gas LPG PETROS kepada salah seorang pengguna semasa Program Pertukaran Tong Gas di SJK Chung Hua Batu Kawa pada Isnin.

Sistem perpaipan gas langsung ke rumah lebih murah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) perlu melaksanakan sistem perpaipan gas langsung ke rumah di sekitar Kuching, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, pelaksanaan sistem itu penting kerana ia lebih murah, di samping mengatasi masalah kekurangan bekalan tong gas petroleum cecair (LPG).

“Lebih banyak sebab mengapa PETROS perlu melaksanakan sistem pengedaran gas langsung terus ke rumah di Kuching, sama seperti yang dilaksanakan di Miri dan Bintulu.

“Ini bukan sahaja membolehkan bil domestik lebih murah, dalam masa yang sama mengatasi isu ‘kebocoran’ tidak perlu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam.

ADUN Batu Kawa itu berkata demikian susulan rungutan orang ramai terhadap bekalan Program Penukaran Tong Gas PETROS di SJK Chung Hua Batu Kawa, di sini.

Berita lanjut dallam epaper STSS.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,