ARTIKEL

SITA tawar kios daftar masuk, serahan bagasi sendiri ERL di Terminal Udara KL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan melengkapkan Terminal Udara KL di Stesen KL Sentral di sini dengan perkhidmatan kios daftar masuk dan serahan bagasi sendiri pada suku kedua 2024 menerusi kerjasama dengan penyedia teknologi penerbangan, SITA.

Menurut kenyataan pada Isnin, ERL telah menandatangani perjanjian perkhidmatan itu dengan SITA baru-baru ini.

Kemudahan baharu itu akan membolehkan penumpang melakukan daftar masuk dan serahan bagasi sendiri dalam tempoh 30 minit di stesen kereta api itu sebelum menuju ke lapangan terbang dengan menggunakan kereta api KLIA Ekspres.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata perkongsian dengan SITA yang dibaharui itu bertujuan memodenkan proses daftar masuk dalam bandar dan menambah baik pengalaman penumpang.

“Memandangkan perjalanan udara semakin pulih, kami kekal komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang cekap dan lancar kepada para penumpang,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Berdasarkan kontrak baharu selama lima tahun itu, SITA akan menyediakan empat kios daftar masuk layan diri dan dua kios serahan bagasi sendiri pada peringkat awal, justeru usaha ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat pada masa depan.

Tiga kaunter daftar masuk konvensional yang dikendalikan petugas masih dikekalkan untuk mereka yang memerlukan bantuan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur