ARTIKEL

Siti Badriah, Kerispatih dan Luvia Band bakal gegar Koplo Pentas Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Siti Badriah antara barisan artis di bawah naungan Nagaswara Music bakal menggegarkan Kuching dalam konsert Koplo Pentas Borneo 2024 pada 17 Februari 2024.

Tidak hanya itu, kelainan julung kali dipersembahkan oleh pihak penganjur, Pentas Borneo Sdn Bhd apabila turut menampilkan Kumpulan Kerispatih dan Luvia Band untuk menggamatkan lagi acara yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut Pengurus Projek, Mohd Shahren Shuib, konsert menampilkan genre muzik kolo yang agak jarang dipentaskan negara ini membawa kelainan apabila menggabungkan dua genre iaitu muzik koplo dan galau.

“Artis yang akan tampil termasuk Siti Badriah terkenal dengan lagu hitnya Lagi Syantik dan Mimi Sayang Pipi.

“Manakala Kumpulan Luvia dengan lagu Patah Hati dan Orang Yang Salah serta Kerispatih kumpulan Indonesia yang terkenal di Malaysia,” katanya pada sidang media Koplo Pentas Borneo 2024 di BCCK di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahren berkata, pihaknya menyasarkan seramai 5,000 pengunjung bakal memeriahkan konsert dengan harga tiket ditawarkan serendah RM88 (Silver Zone), diikuti RM99 (Gold Zone), RM120 (Koplo Zone) dan RM170 (VIP Zone).

Katanya, konsert yang bakal berlangsung selama tiga jam tersebut pastinya memberi kepuasan kepada para penonton kerana setiap artis akan menampilkan lebih lapan lagu popular mereka.

“Luvia Band juga bakal membawa lagu daripada kumpulan Wali Band kerana mereka di bawah naungan agensi yang sama. Mereka turut mengadakan perjumpaan bersama peminat di sini nanti.

“Selain itu kami sedang berusaha untuk turut menampilkan penyanyi, Vita Alvia pada konsert ini nanti dan ia masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan di Indonesia,” jelasnya.

Pada masa sama kata Mohd Shahren, tiket kini boleh didapati di wwe.ticket2u.com.my dan pihaknya juga akan menjual tiket secara fizikal di Konsert CATS FM di Pullman pada 13 Januari depan, selain membuka gerai jualan tiket di Plaza Merdeka dalam masa terdekat.

Hadir sama, Pengarah Pentas Borneo Sdn Bhd, Iswandi Mahmud; Ketua Pemasaran Pentas Borneo Sdn Bhd Casner dan Pengurus Pemasaran Pentas Borneo Sdn Bhd Affy Johary.

KOPLOGALAU… Antara barisan artis Indonesia yang bakal menggegarkan BCCK pada Koplo Pentas Borneo 2024, 17 Februari 2024.

LAIN-LAIN BERITA

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk