ARTIKEL

Siti jawab “Insya-Allah sayangku” apabila Putri Ariani tulis “nak sangat berduet”

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Selebriti terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44 di Instagram Story baru-baru ini merespons keinginan Putri Ariani, 17, yang berhasrat ingin berduet dengannya.

Putri dari Indonesia, peserta program realiti America’s Got Talent 2023 mendapat Golen Buzzer daripada juri Simon Cowell, dengan video persembahannya di Youtube AGT mendapat 34 juta tontonan dan trending di 30 negara.

Siti, 44, menerusi Instagram Story baru-baru ini, turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri.

Coretan Siti itu mendapat maklum balas Putri yang berterima kasih dan menyatakan impiannya bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu Malaysia itu.

“Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet,” balasnya yang mendapat respon, “Insya-Allah sayangku,” balas Siti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland