ARTIKEL

Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah antara artis warnai Loop Music Festival

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah antara dua artis ternama yang akan menggegarkan pentas Loop Music Festival pada 11 Mei ini. 

Penerbitnya Rosix Omar berkata dua nama besar itu merupakan antara 15 penyanyi popular baharu dan lama daripada pelbagai genre seperti pop, balada, R&B dan irama Malaysia yang bakal menjayakan acara itu.

Penyanyi lain ialah XPDC, Masdo, Amelina, Insomniacks, Noraniza Idris, Ronnie Hussein dan Nadeera Zaini, Aisha Retno, Usop, Sufian Suhaimi, Lucidradi, Disko Santan dan Arish Mikael.

“Artis ini bukan sahaja mewakili era dan genre masing-masing, malah mendominasi carta muzik tempatan dan mempunyai pengaruh kuat, serta memberi impak kepada industri muzik,” katanya pada sidang media semalam. 

Menurut Rosix penganjuran festival muzik seumpama itu kini menjadi trend yang semakin berkembang dan diminati. 

Penganjuran acara itu juga, katanya dijangka menjadi titik tumpuan peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu pentas. 

Rosix berkata acara bermula 2 petang hingga 11.30 malam itu dijangka mengumpulkan lebih 11,000 peminat muzik tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan tiket boleh didapati menerusi ticket2u.com bermula pada harga RM168 hingga RM478. — BERNAMA

BERITA LAIN

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa

Jong-Ho dikagumi

Persembahan memukau kumpulan K-Pop Ateez masih menjadi bualan warganet setelah mempersembahkan koreografi dinamik dan kreatif, baru-baru ini. Choi Jong-ho ialah ahli termuda yang berjaya menyemarakkan

Rumah Salman Khan diserang

DUA penunggang motosikal melepaskan tembakan di luar rumah kediaman bintang Bollywood, Salman Khan, 58. Dilaporkan tiga das tembakan dilepaskan ke udara. Susulan kejadian itu, kawalan

LE SSERAFIM dapat kritikan

KUMPULAN K-Pop, Le Sserafi m mendapat pelbagai kritikan selepas persembahan di Festival Muzik Dan Seni Coachella Valley di Indio, California, baru-baru ini. Kumpulan tersebut dengan

Henry Cavill teruja menanti cahaya mata

PELAKON terkenal Man of Steel menjangkakan bayi pertamanya dengan teman wanita Natalie Viscuso. Bintang Justice League itu berkongsi keterjuaan berita tersebut di tayang perdana fi

Nagita Slavina ambil anak angkat

NAGITA Slavina memuat naik gambar yang menunjukkan dia dan bayi perempuan di media sosial. Justeru, ia terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Nagita juga

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa