ARTIKEL

Situasi banjir di Sarawak, Sabah semakin pulih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah menunjukkan perkembangan yang baik apabila tiada peningkatan mangsa secara mendadak setakat pagi ini.

Di Sarawak, mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Limbang di utara Sarawak tidak menunjukkan peningkatan ketara apabila 128 orang daripada 36 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini berbanding 127 orang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharu, berkata jumlah mangsa di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang bertambah menjadi 22 orang dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah mangsa di PPS lain tidak berubah dengan PPS di Dewan Kampung Ukong sebanyak 25 orang daripada tujuh keluarga, PPS Dewan Buloh Baloi 28 orang (tujuh keluarga), PPS Dewan Masyarakat Medamit 10 orang (tiga keluarga) dan PPS Dewan Kampung Bidang 43 orang (14 keluarga).

Menurutnya, paras air di 10 kampung yang terjejas banjir terus menunjukkan trend surut.

Di Sabah, dua PPS ditutup malam tadi sekali gus menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 5,236 orang daripada 1,450 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,156 daripada 1,633 keluarga, petang semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, dua PPS yang ditutup ialah Dewan Mini Jinuin Jimin dan Dewan Terbuka Kampung Saga di Tenom, dengan kesemua mangsa

banjir di pusat itu dibenarkan pulang selepas paras air di kawasan itu semakin surut.

Dengan penutupan dua PPS itu, jumlah mangsa banjir di Tenom kini berkurangan kepada 4,633 daripada 1,242 keluarga yang masih berlindung di 34 PPS berbanding 5,553 orang petang semalam.

Mangsa banjir di Beaufort pula kekal seramai 603 orang yang ditempatkan di empat PPS.

Banjir yang berlaku sejak Khamis akibat hujan lebat berterusan telah menjejaskan sebanyak 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.  – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya