Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Situasi berbeza dilalui pemain badminton

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SENGIT...Aksi Nik Ariffen Putit pada perlawanan membabitkan dirinya. - FOTO ABDUL HAKEEM WELL

KUALA LUMPUR: Situasi berbeza dialami barisan pemain badminton Para Sukma Sarawak tatkala memulakan saingan dalam kategori yang ditandingi di Stadium Juara, Bukit Kiara sepanjang hari ini.

Ada yang ceria selepas berjaya mencatat kemenangan mengatasi lawan masing-masing dalam kejohanan Para Sukma XX MSN 2022.

Malah, tidak terkecuali ada yang diselubungi rasa gundah selepas tewas.

Hazery Serbani yang turun menentang Arif Ridzuan Ab Nasir dari Negeri Sembilan pada peringkat Kumpulan C tewas (17-21, 20-22) bagi kategori MS SL3.

Bagaimanapun, kemenangan (21-16, 21-16) berjaya diraih Nik Ariffen Putit ke atas Mohd Asrun Mahadi dari Sabah dalam kategori MS SL3 untuk peringkat Kumpulan D.

Bagi kategori MS SL4 Kumpulan D, seorang lagi wakil Sarawak iaitu Gregory Kanyan mencatat kemenangan bergaya (21-2, 21-9) ke atas pemain Perlis, Mohamad Amirul Aqwa Mohd Nizam.

Bagi kategori MS SL4 Kumpulan E pula, Mohd. Aqil Haziq Nong Chee turut berjaya mencatat kemenangan
(21-6, 21-11) ke atas pemain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jawi Achong.

Sementara itu, kategori MS WHI menyaksikan Chung Hong Tsin turut berjaya mencatat kemenangan (21-9, 21-19) terhadap Mohd Johari Sa’ad dari Terengganu.

Turut berjaya melakar kemenangan ialah Mohamad Kuswadi Sayip, mengatasi pemain dari Selangor, Abdullah Reduan Abd Samat dengan (21-13, 21-15) kategori MS SU5 Kumpulan D.

Kategori MS SU5 Kumpulan G menyaksikan Joe Abell Joseph Simedy berjaya meraih kemenangan(17-21, 21-9, 21-17) ke atas Muhammad Aidil Asyraf Azimi dari Johor.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman memberitahu, saingan akan diteruskan lagi sepanjang esok membabitkan kategori berbeza.

“Diharap semua pemain akan dapat kekal fokus untuk aksi seterusnya,” tegas Suhaili.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News