Situasi luar bandar S’wak masih terkawal wabak

KUCHING: Keadaan di kawasan luar bandar terkawal sekiranya penduduk terus memainkan peranan membantu mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sejak awal tahun ini, 407 rumah panjang di negeri ini dikenakan sekatan pergerakan.

Kata Uggah, dari jumlah tersebut, hanya 48 rumah panjang masih dikenakan sekatan ketika kini.

“Ini menunjukkan keadaan kawasan di luar bandar terkawal. Tetapi sama ada ia terkawal atau tidak ia bergantung kepada rakyat semua.

“Kita berterima kasih kepada penduduk luar bandar, kampung dan rumah panjang yang menunjukkan sikap berjaga-jaga mereka dan bersama memahami peranan penting mengekang penularan Covid-19 ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama, di sini semalam.

Suara Sarawak