KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, Minggu Epidemiologi ke-21 (ME 21/2023) dari 21 hingga 27 Mei 2023 merekodkan penurunan 9.9 peratus kes Covid-19 dengan 5,801 berbanding 6,439 kes pada minggu sebelumnya.
Kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam turut menunjukkan penurunan dari 5.8 kepada 5.3 bagi setiap 100,000 penduduk.
Peratus pengisian katil ICU dan peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 masing-masing menurun sebanyak empat peratus.