Trending

SJKC Methodist tutup, guru positif Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: SJKC Methodist di sini ditutup mulai esok (Jumaat) susulan seorang gurunya disahkan positif Covid-19, semalam.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga tarikh yang diberitahu kelak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu menjelaskan bahawa sekolah tersebut hanya akan dibuka semula setelah keputusan ujian calitan yang akan dilakukan ke atas kontak rapat dengan kes indeks dikeluarkan.

“Kami akan mengenal pasti semua kontak rapat dengan kes indeks termasuk guru dan murid supaya menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Lanang pada esok hari.

“Saya juga berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Dr Norisah Suhaili dan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba dan turut memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengenai keputusan penutupan sekolah tersebut dan juga keputusan untuk melakukan pengesanan kes secara aktif (ACD) untuk kontak rapat ini.

“Saya juga menasihati mereka yang mengalami gejala seperti demam atau selesema untuk tidak datang bekerja dan ibu bapa juga tidak boleh menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya sebentar tadi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru