Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

SK St. Swithun sebagai Pusat Pembangunan Sukan Bola Sepak di Serian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SEDIA.... Phillip (kanan) bersama salah seorang jurulatih Pusat Pembangunan Sukan Bola Sepak Bawah 12 tahun Sk St Swithun di pekarangan sekolah terbabit 
SEDIA…. Phillip (kanan) bersama salah seorang jurulatih Pusat Pembangunan Sukan Bola Sepak Bawah 12 tahun Sk St Swithun di pekarangan sekolah terbabit

SERIAN: Pemilihan SK St. Swithun sebagai Pusat Pembangunan Sukan Bola Sepak bawah 12 tahun yang pertama di Sarawak menjadi peluang terbaik untuk membangunkan bola sepak di bahagian Serian.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu mengakui, peluang yang disediakan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) itu merupakan langkah baharu dalam mengetengahkan pemain berbakat bermula dari akademi bawah 12 tahun.

“Dengan pusat pembangunan ini, kita dapat melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan pemain pelapis dengan lebih cepat.

“Jika umur pelapis ini sudah meningkat atas 13 tahun, usaha kita cuma menambah baik dari segi latihan asas ataupun kemahiran mereka untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Phillip sambil itu menegaskan langkah memperkembangkan bakat-bakat bola sepak belia di Serian akan dipergiatkan dengan kerjasama yang lebih jitu bersama pihak SSC dan juga sekolah.

“Langkah kerjasama ini akan terus dilaksanakan dan ini bukanlah usaha sama pertama dan juga bukan yang terakhir dalam menubuhkan pusat serta program pembangunan bola sepak di Serian.

“Sememangnya kita juga mengharapkan kerjasama daripada pihak sekolah dalam membantu menggerakkan usaha meningkatkan bola sepak Serian di masa hadapan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru