ARTIKEL

SK St Teresa, SMK St Joseph terima geran UNIFOR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) St Teresa Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Kuching menerima geran di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) daripada Kerajaan Sarawak.

Bantuan yang merupakan sebahagian daripada Bantuan Dana Sekolah Mubaligh Sarawak untuk 2023 Fasa 2 telah disampaikan oleh ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki.

Majlis penyampaian geran itu diadakan di pusat khidmat DUN Satok di Jalan Kulas, di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, bantuan itu sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan sekolah mubaligh serta rumah ibadat di bawah UNIFOR dilaksanakan secara berterusan.

“Usaha ini merupakan pendekatan kita untuk memupuk perpaduan dan keterangkuman sosial di Sarawak dan dengan menyemai nilai keharmonian dan kewujudan bersama-sama dalam kalangan rakyat.

“Kefahaman toleransi dan sikap saling memahami dan menghormati ini sudah tentu akan menyumbang kepada agenda pembangunan negeri di mana kita telah melihat kejayaan dalam transformasi ekonomi Sarawak melalui ekonomi hijau,” katanya.

Hadir menerima geran bagi pihak SMK St Joseph Kuching ialah Pengetua SMK St Joseph James Chen Chun Hong manakala SK St Teresa Kuching diwakili oleh Senah Jali.

Dalam majlis sama, ADUN Satok itu turut menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada sejumlah 74 pertubuhan, persatuan dan jawatankuasa pengurusan di kawasan Satok.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman