ARTIKEL

SKCE Got Talent cungkil bakat seni persembahan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERSAMA-SAMA… Huriah Yatim (tengah), para penganjur dan barisan juri dalam pertandingan SKCE Got Talent

KUCHING: Kira-kira 600 orang pengunjung terdiri daripada ibu bapa dan warga sekolah hadir bagi memeriahkan program Sekolah Kebangsaan Catholic English (SKCE) Got Talent bertempat di Dewan ACCPC, Katedral St. Joseph, pada Jumaat.

Program anjuran SKCE (M) Kuching itu mendapat sambutan penyertaan wakil-wakil dari empat buah sekolah iaitu SK St. Teresa, SK St. Mary, SK Jalan Ong Tiang Swee dan SK Combined.

PUKAU… Peserta kategori tarian berkumpulan tradisional mempersembahkan tarian ketipang payung

Acara pertandingan menyaksikan para peserta berentap dan menunjukkan kehebatan masing-masing khususnya dalam kategori nyanyian solo peserta jemputan.

Guru Besar SKCE Silimun Buyung Ullis berkata, pertandingan ini dilaksanakan sebagai platform untuk menonjol dan mengasah bakat murid-murid dalam bidang nyanyian, bermain alat muzik, tarian model mahupun tradisional.

BERBAKAT… Isidore Micah Ronnie Kiim, pelajar darjah empat membuat persembahan alat muzik tradisional sape dengan alunan Datun Julud

Sekali gus katanya, meningkatkan kemenjadian murid-murid dalam bidang seni kreatif sejajar dengan konsep Sekolahku Sejahtera.

Dalam perkembangan sama, pertandingan diadili barisan juri pakar dalam bidang masing-masing termasuk bekas penyanyi tempatan, Celestine Ayie dan penari kumpulan Kasuma Tari, Abang Nur Fikri Baijuri Abang Shafiee.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh penari-penari sekolah, persembahan khas guru dan juri, persembahan sape serta tarian ngajat.

Hadir sama Uskup Agung Simon Poh dan Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuching Huriah Yatim.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU