ARTIKEL

Skim bantuan rumbia terbuka kepada semua pekebun kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Permohonan Skim Bantuan Rumbia terbuka kepada semua pekebun kecil rumbia di negeri ini termasuk pengusaha sedia ada dan baharu.

Timbalan Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Pertanian Sarawak untuk kelulusan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Jenis Skim Bantuan Rumbia yang dilaksanakan di Sarawak adalah Program Tanam Baru Rumbia, Program Pemulihan Rumbia, Program Pembangunan Infrastruktur Ladang Rumbia dan Program Peningkatan Produktiviti Rumbia,” katanya

Rahman berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkenaan perancangan membangunkan pertanian berasaskan pokok rumbia di kawasan DUN Kalaka sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata antara syarat yang ditetapkan bagi skim ini adalah pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak, berumur 18 tahun dan ke atas semasa memohon serta mempunyai tanah dengan pemilikan yang sah.

Sementara bagi DUN Kalaka, Abdul Rahman yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) berkata kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sarawak sedang melaksanakan Program Tanam Baru Rumbia secara berkelompok melibatkan 15 orang peserta dengan keluasan 43.6 hektar di kawasan itu.

“Projek yang bernilai RM520,000 tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2022 dan dijangka siap pada penghujung tahun ini,” jelasnya.

Di samping itu, beliau berkata, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah Sarawak (SNDB) juga akan melaksanakan kajian secara terperinci bagi mengenal pasti dan membangunkan kawasan yang berpotensi untuk tanaman rumbia di Sarawak termasuk di DUN Kalaka.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim