Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 dipatuhi di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BEFCAKAP....Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Pejabat KPDNHEP Sarawak, Peter J Benius Agang

KUCHING: Seramai 277 pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditugaskan untuk memastikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2022 di Sarawak, dipatuhi.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Pejabat KPDNHEP Sarawak Peter J Benius Agang berkata, tindakan pemeriksaan berfokus kepada kawasan pasar awam dan pasar raya bermula hari ini sehingga 26 Oktober 2022.

“Kita akan menjalankan pemantauan SHMMP Deepavali 2022, sekali gus memastikan keberadaan bekalan barangan kawalan semasa skim ini dijalankan.

BEFCAKAP….Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Pejabat KPDNHEP Sarawak, Peter J Benius Agang

“Skim ini akan berkuat kuasa bermula 20 sehingga 26 Oktober 2022 di seluruh negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan walkabout SHMMP Deepavali di pusat beli belah Mydin Petra Jaya, pagi tadi.

Jelasnya, SHMMP Deepavali melibatkan lapan jenis barangan harga yang telah diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Antaranya, daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, bawang merah kecil (India), bawang merah besar import, dan kacang dal (Australia).

Manakala, dua lagi iaitu kelapa biji dikategorikan dalam harga maksimum di peringkat borong sahaja, berbanding kelapa parut dalam harga maksimum di peringkat runcit sahaja.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan bekalan telur dan minyak di Sarawak masih dalam keadaan terkawal.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru