ARTIKEL

Skrin sentuh perubahan berisiko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASUK sahaja di restoran makanan segera, kita akan disambut dengan skrin sentuh yang berfungsi sebagai medium untuk membuat pesanan juadah.

Ia mungkin trend terkini, namun pada masa sama mengundang masalah terutama kepada pelanggan lebih berusia atau kurang celik dengan teknologi terkini.

Ketika ini, penggunaan peranti berasaskan skrin sentuh menjadi sesuatu yang normal dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.

Teknologi skrin sedia ada sekarang boleh dikatakan cukup matang dan murah berbanding skrin sesentuh 10 tahun dahulu yang agak sukar untuk dikendalikan selain memerlukan kita menekan dengan agak kuat.

Ada dalam kalangan kita pernah melalui zaman — kesukaran peranti membaca input.

Disebabkan harga semakin murah dan teknologi semakin baik, banyak produk di pasaran cuba memanfaatkan teknologi ini.

Bukan sahaja telefon pintar, peranti rumah seperti peti sejuk, televisyen, mesin penapis air dan sinki dapur dipasang skrin sentuh.

Sejak kebelakangan ini, salah satu industri yang paling memanfaatkan teknologi ini adalah automotif.

Bagi kebanyakan kita, sistem skrin sentuh sudah pasti menyusahkan kerana memerlukan kita sebagai pengguna untuk fokus kepada menu dan apa yang perlu ditekan semasa memandu.

Semuanya tidak berfungsi secara automatik seperti sebelumnya — tangan kita sudah tahu butang mana harus diputar atau ditekan.

Setiap pertukaran stesen radio atau pertukaran lagu memerlukan ketekunan untuk melihat skrin yang mengalihkan fokus daripada jalan raya kepada pelbagai menu yang ada.

Baca lain  Selesaikan efektif isu warganegara Sarawak

Dan itu adalah sesuatu yang lama-kelamaan membuatkan kita susah hendak menggunakan skrin sentuh.

Teknologi yang ada sekarang sebenarnya menyebabkan pemandu menjadi hanyut disebabkan perlu melakukan interaksi berlebihan.

Ekoran kemajuan teknologi kereta berasaskan elektrik, populariti sistem sentuh untuk dijadikan kaedah utama kawalan fungsi kereta semakin ketara trendnya.

Sudah ada pengeluar yang meninggalkan terus sistem tradisional, hanya menjadikan skrin sentuh sebagai alat pengemudi semua perkara perlu dikawal pemandu.

Sehinggakan ada pengeluar yang menjadikan lampu membelok pun perlu diaktifkan menggunakan butang sentuh pada stereng.

Semua perubahan ini di atas kertas memanglah nampak baik.

Dengan menjadikan skrin sentuh dan butang sentuh sebagai kaedah kawalan fungsi utama, rekaan kereta akan kelihatan lebih elegan, kemas dan minimalis jika itu sesuatu yang anda rasakan penting.

Dari segi pemasangannya untuk pengeluar industri automotif, ketiadaan sistem butang mekanikal yang banyak menjadikan pemasangan sesebuah kenderaan lebih mudah.

Wayar yang berselirat di dalam badan kenderaan juga dapat dikurangkan.

Walau bagaimanapun, teknologi ini dapat dimajukan, asas kepada masalah utama yang belum dapat diperbaiki adalah bagaimana kesemua fungsi ini memerlukan kita sebagai pemandu tidak fokus kepada apa-apa yang ada depan kita.

Baca lain  Peluang pelajar dan guru tingkatkan kolaborasi, maksimumkan pembelajaran

Dan lebih memburukkan keadaan, kebanyakan sistem maklumat hibur yang dibangunkan pula direka untuk kegunaan telefon pintar berasaskan kepada sistem telefon pintar.

Sesuatu yang jarang dibicarakan oleh kita adalah impak penggunaan skrin sentuh kepada fokus dan minda kita semasa memandu.

Tidak ramai menyedari secara psikologinya mental kita memerlukan masa untuk kembali fokus selepas mengalihkan fokus kita kepada sesuatu tugasan lain.

Semua pemandu yang memandu dan perlu mengawal sistem maklumat hibur mereka, akan mengambil sedikit masa untuk kembali fokus kepada pemanduan.

Setiap kali kita memandu dan mengawal sistem maklumat hibur dalam kereta kita, minda kita sebenarnya sedang dibebani untuk memproses setiap gerakan, maklumat dan informasi yang ada di sekeliling kita — dan semua perkara ini mewujudkan tekanan atau stres kepada mental yang memakan masa untuk kita kembali seperti biasa.

Dalam kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, dianggarkan secara purata seseorang pemandu memerlukan kira-kira 15 ke 27 saat untuk minda mereka kembali pulih selepas melakukan sesuatu seperti menghantar mesej melalui pengaktifan suara atau menekannekan menu pada sistem yang ada.

Kajian ini mendapati dalam trend penggunaan skrin sesentuh yang ada sekarang, kebanyakan pemandu lebih mudah terbeban semasa memandu akibat terlalu banyaknya keperluan untuk mengalihkan perhatian, yang dikhuatiri akan menyebabkan semakin tinggi kadar kemalangan. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ada mengeluarkan kenyataan memperakui teknologi sentuhan yang diperkenalkan dalam kenderaan merupakan satu perubahan berisiko kepada semua.

Baca lain  Guru yang kusayang

Walaupun pelbagai amaran dikeluarkan, secara rambang penulis melihat rakyat Malaysia masih mencari skrin sesentuh untuk dijadikan centerpiece utama kereta kita.

Jualan peranti skrin di laman sesawang nampak rancak dan di atas jalan, semakin besar skrin yang dipasang pada kereta. Industri automotif sepatutnya kembali menggunakan butang, tombol dan kekunci yang fizikal serta memberikan kita rasa sentuhan yang sangat penting kepada deria kita semasa memandu.

Dan di negara maju, dilaporkan pemandu sudah mula mengeluh dan mengadu tentang keburukan sistem sentuhan yang menguasai kawalan kenderaan. Mereka mahukan rekaan tradisional dikembalikan semula.

Hasilnya, beberapa pengeluar seperti Volkswagen, Nissan dan Hyundai ketika ini sedang dalam proses mereka bentuk semula rekaan kereta mereka supaya tidak lagi berorientasikan skrin sentuh.

Menjadikan skrin sentuh ini hanyalah satu trend yang menyelesaikan masalah yang tidak wujud, mencipta masalah baharu kepada kita, membahayakan nyawa sendiri dan membuatkan kita lebih mudah terganggu daripada melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan iaitu memandu di atas jalan raya. 

BERITA LAIN

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh