ARTIKEL

Skuad Harimau Malaya jalani latihan keras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPANG: Intensiti latihan Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon telah dipertingkatkan sebagai persiapan bagi mengharungi cabaran getir yang menanti pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan sehingga 10 Feb ini.

Pemain sayap kanan negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata peningkatan kadar intensiti latihan itu, telah dilaksanakan Pan Gon sepanjang seminggu kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula 26 Dis lepas, di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.

“Tekanan memang terasa, seminggu berlatih tekanan pun tinggi, jurulatih Kim ada buat perubahan sikit dari segi intensiti…dari hari pertama berlatih sampai Sabtu kami diberikan intensiti latihan yang lebih tinggi.

“Pada saya, kita ada lagi dua minggu untuk sesuaikan dengan latihan intensiti lebih tinggi dan laju, dan permainan akan (bertambah baik) menjadi lebih sedap,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mickey berkata demikian ketika ditemui sebelum pasukan negara berlepas ke Doha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu (KLIA) Terminal 1 di sini, tengah malam Isnin.

Pemain Selangor FC itu berkata kesemua rakan sepasukan juga dilihat bersemangat untuk membuat penampilan di Piala Asia, yang disifatkan sebagai peluang terbesar untuk pasukan mengangkat semula nama Malaysia.

“Kita ke sana bukan sekadar melengkapkan kuota, tetapi untuk memberi saingan kepada pasukan lain,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Mengulas lanjut, Mohamad Faisal berkata fokus pasukan ketika ini ialah perlawanan pembukaan saingan Kumpulan E menentang Jordan, pada 15 Jan ini.

“Itu (aksi bertemu Jordan) merupakan titik penting kita, sekiranya berjaya mendapatkan keputusan positif pada perlawanan pertama, tiga mata atau pun seri, ia akan memberi semangat kepada pasukan untuk menghadapi Bahrain,” katanya.

Selepas bertemu Jordan, anak buah Pan Gon yang menyasarkan untuk layak ke pusingan 16 terbaik akan berdepan Bahrain pada 20 Jan dan menutup saingan kumpulan dengan menentang juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik, akan layak ke pusingan 16 terbaik di Doha.

Malaysia tidak pernah melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Asia, selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta