Skuad Harimau Melaya tarik nafas lega

SKUAD bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin Covid-19 Isnin depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

“Berkat usaha berterusan, kita dimaklumkan mereka sejumlah 78 orang pemain, jurulatih dan pegawai termasuk presiden, akan divaksinkan pada tarikh lebih awal.

“Maknanya mereka dapat selesaikan (suntikan dos kedua) sebelum mereka berangkat ke Dubai,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebelum itu, dikhabarkan tiada jaminan diberikan kepada skuad Harimau Malaya untuk menerima vaksin Covuid-19 sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi melengkapkan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Apr 2021

Suara Sarawak