SKUAD Kuching City B yang diterajui beaks pemain Malaysia, Joseph Kallang Tie tewas 1-0 kepada pasukan Perak FC II pada aksi Piala MFL 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang kelmarin.
Kuching City B dibarisi tiga pemain senior, Joseph, bersamasama Rafiezan Razali dan Mazwandi Zekeria. Peraturan pertandingan membenarkan pemain senior beraksi dengan pasukan junior.
Namun kehadiran trio skuad utama Kuching itu gagal membantu barisan muda meraih tiga mata penuh.
Jaringan tunggal pasukan pelawat melalui Kamal Arif Azrai Shakimar minit ke-71 menjadi detik pemisah. Kuching City B pimpinan Kamaruddin Anuar mencipta lebih banyak peluang, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat.
“Itulah bola sepak, kalau anda tidak dapat menjaringkan gol melalui deretan peluang, maka kesudahannya pasti mengecewakan,” ujar Kamaruddin kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau akui, para pemain telah berusaha sedaya ulaya, namun tetap menemui jalan buntu.
“Kami memandang serius masalah tersebut, dan akan mencari formula terbaik untuk mengatasinya.
“Saya berharap ia tidak akan berulang pada perlawanan akan datang,” jelas Kamaruddin.
Ia merupakan kekalahan keempat Kuching City B setelah mengharung enam perlawanan, dengan empat mata, hasil satu kemenangan dan satu seri.
The City Boys Junior akan menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan pada 11 Jun depan.