ARTIKEL

Bigok Jamba serta suami, Bandar Njat, dari Rumah Bandar, Kampung Pisang Kanowit, menerima simbangan kerusi roda.

Skuad Kasih Sayang N50 Machan terus menyalurkan bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.50 Machan telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, untuk menyampaikan sumbangan dua unit kerusi roda kepada sepasang suami isteri yang menghidap sakit kencing manis, iaitu Bigok Jamba dan Bandar Njat, dari Rumah Bandar, Kampung Pisang Kanowit.

Sumbangan itu disalurkan di bawah Program Skuad Kasih Sayang N50 Machan.

Nandong Randi (kanan) menerima sumbangan kasih bagi meringankan bebannya sekeluarga ekoran pemergian mendiang bapanya, Randi Ingai, di Rumah Panjang Besi Paong, Sg Maong, Kanowit.

Anggota Pergerakan Wanita itu juga telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Randi Ingai, bapa kepada Lemok Randi, Ahli Exco Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan, di Rumah Panjang Besi Paong, Sungai Maong.

Seterusnya mereka menyampaikan sumbangan kasih kepada seorang lagi anak mendiang, Nandong Randi.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Belala Empawie selaku Bendahari Pergerakan Wanita PBB Cawangan N. 50 Machan.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

BERITA TERBARU