ARTIKEL

Skuad termahal buru juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Manchester City mempunyai pemain hebat di posisi masing-masing.

Arsenal mungkin boleh berbangga dengan Bukayo Saka manakala Manchester United mempunyai pemain muda berbakat, Kobbie Mainoo.

Liverpool pula masih menaruh harapan kepada Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne masih menjadi watak penting kepada Manchester City.

Di sebalik kelebihan dimiliki kelab di England itu, sudah pasti kebanyakan peminat mengharapkan skuad kebangsaan yang dikenali sebagai The Three Lions mampu menjuarai Euro 2024.

Walaupun dibarisi pemain hebat zaman-berzaman dan mempunyai liga bola sepak terbaik dunia, England sudah agak lama tidak menjuarai kejohanan bola sepak peringkat antarabangsa.

Pada Euro 2024 di Jerman kali ini, England boleh berbangga kerana tampil sebagai skuad termahal.

Persiapan skuad kendalian Gareth Southgate ini sedikit tergugat selepas kalah kepada Iceland di Stadium Wembley barubaru ini.

Namun mereka kekal sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara dengan barisan pemain bintang yang berada dalam skuad.

Nama seperti Harry Kane, Jude Bellingham, Phil Foden, Declan Rice, Cole Palmer dan Bukayo Saka menjadikan England skuad termahal di kejohanan kali ini pada harga 1.29 bilion pound (RM7.71 bilion).

Jumlah itu mampu mencecah lebih tinggi sekiranya Southgate tidak menggugurkan Marcus Rashford dan Jack Grealish.

Nilai skuad The Three Lions mengatasi pesaing terdekat, naib juara Piala Dunia, Perancis dengan kelebihan 250 juta pound (RM1.49 bilion).

Hanya England dan Perancis mempunyai skuad bernilai lebih 1 bilion pound (RM5.97 bilion) — menjadikan mereka antara pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini.

Di belakang mereka, Portugal (890 juta pound) dan Sepanyol (820 juta pound), manakala Jerman (722 juta pound) melengkapkan kelompok lima teratas.

Portugal menampilkan skuad berbakat dengan Rafael Leao, Ruben Dias, Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Joao Paulinha semuanya mempunyai nilai melebihi 50 juta pound (RM298.66 juta).

Mereka juga mempunyai Cristiano Ronaldo, tetapi bintang kelab Arab Saudi berusia 39 tahun itu dianggarkan bernilai 12 juta pound (RM71.68 juta).

Pemain termahal Sepanyol ialah bintang Manchester City, Rodri yang bernilai melebihi 100 juta pound (RM597 juta).

Bagi tuan rumah, Jerman, aset paling bernilai mereka ialah pemain 21 tahun, Florian Wirtz dan Jamal Musiala yang masingmasing berharga melebihi 100 juta pound (RM597).

Belanda dan Itali menyusul dalam senarai di tangga keenam dan ketujuh dengan nilai 717 juta pound (RM4.28 bilion) dan 599 juta pound (RM3.58 bilion). Melengkapkan senarai 10 pemain termahal adalah Belgium, Denmark dan Ukraine.

Sementara itu, England yang berada dalam Kumpulan C tetap memegang status antara kuasa besar bola sepak dunia selain hadir ke Euro 2024 selaku naib juara edisi 2020.

Pasukan kendalian Southgate ini berada di ranking keempat dunia dan dilihat tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan yang dibarisi Denmark, Serbia dan Slovenia.

Skuad The Three Lions bagaimanapun belum pernah merasa gelaran juara kejohanan Eropah dengan pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara empat tahun lalu selain tempat ketiga pada 1968 dan 1996.

Dengan tumpuan diberikan kepada England, kehadiran Slovenia tidak boleh dipandang rendah dalam Kumpulan C kerana mereka menamatkan penantian 24 tahun untuk kembali beraksi di pentas kejohanan tertinggi Eropah.

Kali terakhir Slovenia beraksi di Euro adalah pada edisi 2000 — mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Selain itu, Kumpulan C turut dihuni Serbia dan Denmark yang mampu memberi tentangan sengit kepada England serta Slovenia.

Namun kelebihan tetap milik England kerana Southgate memiliki banyak pilihan pemain bintang yang boleh membentuk skuad mantap.

Kane antara pemain yang lengkap selain beberapa pemain lain seperti Saka, Foden dan Bellingham membuatkan England mempunyai trio perancang tengah hebat.

Di sebalik kelebihan itu, England turut mempunyai kelemahan kerana bahagian pertahanan kerap menjadi masalah termasuk krisis kecederaan.

Sudah pasti penyokong bola sepak seluruh dunia terutama peminat Liga Perdana Inggeris mahu melihat England muncul sebagai juara edisi kali ini.

Saban tahun England melahirkan ramai pemain berbakat melalui akademi kelab di liga negara tersebut.

Keadaan ini membuatkan The Three Lions tidak pernah ketandusan pemain muda berbakat yang beraksi cemerlang di kelab masingmasing.

Walaupun mempunyai ramai pilihan pemain, England masih tidak mantap di pentas antarabangsa sehinggakan sukar untuk muncul juara kejohanan besar seperti Piala Dunia atau Euro.

Ia agak menyedihkan untuk negara yang mempunyai pemain hebat, namun masih tidak mampu merangkul trofi.

Jika diikutkan kepada pemain, England dianggap sebagai antara negara yang mempunyai skuad paling mantap kerana dibarisi pemain berbakat di setiap posisi.

Edisi kali ini merupakan masa terbaik untuk England merangkul kejuaraan sebagai sudah agak lama ketandusan trofi.

BERITA LAIN

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

Di sebalik tabir Euro 2024

PENYOKONG fanatik England, Gordon Thomas, 39, ditangkap di Lapangan Terbang Manchester pada petang 18 Jun lalu, di bawah Akta Penonton Bola Sepak 1989 selepas kembali

BERITA TERBARU