ARTIKEL

SMA agih tablet untuk pelajar kurang mampu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Sebanyak 146 unit Huawei MediaPad diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di Gedong dan Simunjan, semalam.

Menurut Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), pengagihan tersebut melibatkan 12 sekolah iaitu SMK Gedong; SK Abang Kadir Gedong; SK Kepayang; SK Tegelam; SK Sebuyau Esengei; SK Keniong; SK Lubok Punggor; SK Semalatong; SK Munggu Lallang; SK Sungai Ba; SK Kampung Gumpey; dan SK Lubok Buntin.

“Huawei MediaPad disumbangkan oleh Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) kepada Kerajaan Sarawak dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab memantau pengagihan kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.

“Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” kata SMA.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyerahan MediaPad dan menyerahkannya kepada guru besar sekolah yang terlibat di Dewan Terbuka Gedong, semalam.

Hadir sama, penyandang kerusi Dun Gedong merangkap Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Naroden Majais, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual