ARTIKEL

SMC tawat tawar T-Room, pusat rehabilitasi paling canggih, pertama di Asia Tenggara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Sunway (SMC) bersama Fourier Intelligence baru-baru ini mewujudkan ruangan khusus, ‘TRoom’, kemudahan pertama di Asia Tenggara, dalam usaha mempelbagaikan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan di kemudahannya.

Terletak di Menara D, SMC, TRoom ialah persekitaran khas yang direka untuk membantu pesakit dengan keperluan berbeza, menggunakan teknologi dan peranti fizikal untuk merangsang deria, rawatan perubatan, menilai prestasi fizikal dan membantu pembelajaran.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMC, Sunway, Sunway City, Dr Seow Vei Ken, berkata sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini, pasukan pelbagai disiplin sentiasa meneroka cara baharu dan inovatif untuk memberi perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pesakit.

“Bersama 22 sub-kepakaran pediatrik, termasuk perkhidmatan pembangunan kanak-kanak, hospital kami terus berkembang dan kini termasuk TRoom dan bilik permainan deria, yang merupakan antara inisiatif terbaru untuk membantu pesakit muda yang berdepan dengan masalah pembelajaran.

“Kami bangga menjadi institusi perubatan pertama di Asia Tenggara bekerjasama dengan Fourier Intelligence untuk menawarkan sistem simulasi teknologi digital dan imej di Pusat Perkembangan Kanak-kanak yang baru dibuka di Menara D,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahan pula, kenyataan itu memaklumkan bahawa melalui sistem canggih TRoom seperti pengecaman suara dan muka, realiti maya dan pengalaman realistik, sesi terapi mewujudkan persekitaran yang menenangkan sambil memastikan kemajuan proses pemulihan yang lebih baik untuk pesakit.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global, Fourier Intelligence. Zen Koh berkata kerjasama dengan SMC menandakan mercu pencapaian penting ke arah kecemerlangan dalam teknologi rehabilitasi.

Beliau berkata pengenalan TRoom, adalah bukti komitmen teguh syarikat terhadap inovasi.

“Usaha penyelidikan dan pembangunan berdedikasi kami membolehkan kami menyediakan teknologi baharu dan termaju, memperkasakan proses rehabilitasi dan membolehkan pakar perubatan memberikan rawatan yang dipertingkatkan yang memberi kesan positif kepada pemulihan pesakit.

“”Sokongan padu SMC, kami bersedia untuk merevolusikan penjagaan pesakit dengan mengabungkan penyelesaian yang canggih. Perkongsian ini menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam visi bersama kami untuk membawa perubahan dalam bidang rehabilitasi,” katanya.

Fourier Intelligence secara aktif mengambil bahagian dalam acara dan persidangan industri untuk menyelaras kemajuan dalam industri pemulihan seperti menyertai Minggu Rehabilitasi (RehabWeek 2023) yang julung kali dianjurkan di Asia di Singapura dari 24 hingga 28 Sept ini.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU