SMG, Swinburne jalin kerjasama

KUCHING: Kumpulan Media Sarawak (SMG) dan Universiti Teknologi Swinburne Sarawak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan pelbagai kerjasama termasuk pertukaran kepakaran, latihan, pengembangan kurikulum dan program latihan industri.

Pertukaran MoU berlangsung di teater kuliah Swinburne sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong; Pengerusi Lembaga Pengarah Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif SMG Suhaimi Sulaiman serta Timbalan Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Profesor John Wilson.

Menurut Suhaimi, SMG percaya syarikat mereka merupakan tempat terbaik untuk berkongsi pengalaman bersama-sama pelajar sebelum beralih ke alam pekerjaan sebenar.

Tambahnya, SMG berfungsi sebagai tempat latihan untuk pelajar menjadi lebih kreatif dan bersinar dalam karya mereka serta memastikan pelajar mendapat persiapan penuh untuk industri.

Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, pelajar dan masyarakat melalui peluang latihan untuk warga Swinburne dan orang awam.

Manfaat juga disediakan melalui peluang penempatan dan latihan industri serta menjalinkan kerjasama dengan SMG untuk mengembangkan kandungan kreatif dalam platform pengedaran yang dikendalikan oleh syarikat.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 02 Apr 2021

Suara Sarawak