ARTIKEL

SMK Kubong wakili Sarawak ke Forum Remaja MADANI kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubong bakal mewakili Sarawak ke Pertandingan Forum Remaja MADANI peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 10 dan 11 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.

Sekolah berkenaan melayakkan diri selepas muncul johan Pertandingan Forum Remaja MADANI Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026 menerusi forum bertajuk Teknologi Budaya: Ancaman atau Peluang.

Program yang berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), turut menyaksikan pasukan tersebut membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM2,500, buku terbitan DBP dan sijil pengiktirafan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hazami Jahari.

Dalam perkembangan sama, SMK Kubong turut mencatat kejayaan berganda apabila meraih Anugerah Montaj Terbaik, selain dua anggotanya menerima Anugerah Khas, iaitu Pengerusi Terbaik yang dimenangi Ryan Anthony Kitt Tito dan Ahli Panel Terbaik menerusi Chong Yi Fong.

Masing-masing menerima wang tunai RM300, buku terbitan DBP dan sijil pengiktirafan sebagai penghargaan.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SMK A SHOAW) muncul naib johan dan membawa pulang wang tunai RM2,000, buku terbitan DBP serta sijil pengiktirafan.

Tempat ketiga dimenangi SMK Kabong yang menerima wang tunai RM1,000, buku terbitan DBP dan sijil pengiktirafan.

Manakala, hadiah saguhati diberikan kepada SMK Methodist Sibu dan SMK Bintulu yang masing-masing menerima RM500, buku terbitan DBP dan sijil pengiktirafan.

Sehubungan itu, setiap sekolah turut menerima Dana Khas Silang Budaya Pelbagai Kaum berjumlah RM5,000.

Untuk rekod, Pertandingan Forum Remaja MADANI menerima 50 penyertaan, namun hanya lima sekolah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Hadir sama Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli, serta tetamu lain.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi