SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB) Samarahan 2024.
Bagaimanapun, skuad pilihan itu dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mencatat kemenangan tipis (2-1) ke atas SMK Hajjah Laila Taib pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Semera Lot, Sadong Jaya pagi tadi.
Kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan B bersama SMK Gedong, SMK Sebuyau dan SMK Kota Samarahan.
Pasukan SMK Muara Tuang berprestasi cemerlang sepanjang saingan peringkat kumpulan.
Kemenangan pasukan sekolah tersebut (2-1) ke atas SMK Hajjah Laila Taib pada aksi pertama dan mereka membelasah SMK Kota Samarahan (4-0) pula pada perlawanan kedua.
Di samping mencatat keputusan seri (1-1) pada dua lagi perlawanan iaitu menentang SMK Sebuyau dan SMK Gedong
Dalam aksi peringkat separuh akhir menyaksikan kemenangan tipis (1-0) dicatatkan SMK Muara Tuang ke atas SMK Sadong Jaya.



