ARTIKEL

SMK Shah Alam jaguh bola

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REPUTASI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam selaku juara bertahan bagi Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 Tahun (B-15) sukar digugat apabila berjaya menundukkan SMK Meru 3-0 pada aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

SMK Shah Alam tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila sepakan leret ayam tambatan Vincenzo Oliveo D’Dozzel Donny meletakkan mereka di depan pada minit kedua disusuli rembatan kencang di luar kotak penalti oleh Muhammad Danish Harith Muhd Zakri menggandakan kedudukan sembilan minit kemudian.


Bersambung babak kedua, gol tandukan Hazif Hakim Noorfaezal pada minit ke-49, hasil sepakan penjuru Khalish Fakrey Mohd Razilan, melengkapkan malam gemilang mereka sekali gus memastikan mahkota kejuaraan kekal milik SMK Shah Alam selama dua tahun berturut-turut.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, jurulatih Mohamad Shahrul Hisham Khasim ternyata berpuas hati melihat skuad bimbingannya menang selesa tanpa membiarkan gawang mereka dibolosi lawan.

Beliau turut mendedikasikan kejayaan pasukannya kepada warga SMK Shah Alam atas sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini.

Kejayaan itu menyaksikan SMK Shah Alam membawa pulang trofi dan wang tunai RM7,000 manakala SMK Meru menerima wang tunai RM5,000. SMK Darul Ehsan muncul pasukan ketiga terbaik kejohanan apabila menewaskan SMK Sultan Abdul Samad 2-0.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta