ARTIKEL

Aksi Noraizat dan Aidil Aiman ketika menentang pasukan Myanmar di peringkat separuh akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Selasa. Foto Bernama

Sokong, doakan kemenangan pasukan sepak takraw negara – Zahid Hamidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 hari ini.

Beliau berkata pasangan acara double Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin serta trio Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi serta Mohamad Azlan Alias mempamerkan aksi sengit pada aksi separuh akhir malam ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sempat meluangkan masa menonton dan memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam acara yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini.

“Sengit dan penuh debaran! Tahniah Noraizat Nordin, Aidil Aiman dan seluruh pasukan Malaysia atas kemenangan yang amat berharga buat Malaysia. Pasukan regu negara juga layak ke final! Syabas Farhan, Syahir dan Azlan.
“Doa rakyat Malaysia mengiringi kejayaan pasukan sepak takraw negara. Mudah-mudahan juara, insya-Allah!” katanya di Facebook semalam.

Ahmad Zahid turut mengajak orang ramai hadir ke Stadium Titiwangsa bagi memberi sokongan kepada pasukan negara.
Terdahulu, Aidil Aiman dan Muhammad Noraizat mara ke final selepas menundukkan Myanmar 2-0 dalam aksi separuh akhir acara double manakala pada aksi separuh akhir regu, trio negara juga mengatasi Myanmar 2-0.– BERNAMA

BERITA LAIN

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU