Sokong komuniti tangani jenayah

KUCHING: Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak menggesa masyarakat untuk lebih peka akan aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

Pengerusinya, Datuk Dr John Lau Pang Heng berkata, setiap masyarakat bertanggungjawab dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah berlakunya jenayah di kawasan mereka. “Kita sebagai masyarakat harus mengambil inisiatif dengan tidak membenarkan jenayah berlaku kerana kecuaian kita sendiri.

“Jika kita melakukan pencegahan, tiada sebarang aktiviti jenayah akan berlaku dan dalam masa yang sama juga kita harus bekerjasama dengan polis,” katanya sempena Program Komuniti Polis di Kota Sentosa semalam.

Pada program tersebut, kaunter bagi warga emas mengisi borang permohonan Kad Kenyalang Emas turut dibuka bagi komuniti setempat. Lau menjelaskan kaunter tersebut dibuka bagi membantu komuniti Kota Sentosa berusia 60 tahun ke atas mengisi borang KGC.

Katanya, objektif komuniti polis untuk membantu komuniti adalah membantu tanpa mengharap sebarang balasan. Lau turut menambah, program yang serupa akan diadakan pada 23 Februari nanti di sebuah premis makanan di BDC, Stampin.

Suara Sarawak