ARTIKEL

Sokong pembangunan perindustrian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan PengilangPengilang Malaysia (FMM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hungarian Chamber of Commerce and Industry (HCCI) sempena lawatan delegasi HCCI ke Malaysia dari 21 hingga 23 Februari 2024.

Dalam kenyataan bersama semalam, FMM dan HCCI berkata MoU itu bertujuan untuk mewujudkan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua pihak bagi menyokong pembangunan perindustrian di Malaysia dan Hungary serta mengukuhkan persefahaman dan kerjasama antara komuniti perniagaan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Hungary berjumlah AS$644 juta pada 2023, dengan eksport sebanyak AS$498 juta dan import AS$146 juta.

(AS$1 = RM4.78) Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata MoU itu menyediakan lebih banyak peluang kepada perniagaan Malaysia untuk meninjau peluang perdagangan berpotensi di Hungary dan mengalu-alukan pelaburan dari Hungary ke Malaysia berdasarkan lokasi Malaysia strategik di ASEAN, selain perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani baru-baru ini, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasi]k (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Presiden HCCI, Dr Laszlo Parragh berkata sebagai rakan dagang kedua terbesar Hungary dari ASEAN, Malaysia dialu-alukan untuk memanfaatkan Hungary sebagai pintu masuk ke pasaran Kesatuan Eropah yang mempunyai jumlah penduduk hampir 500 juta orang.- Bernama

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU