ARTIKEL

Gambar fail

Sokong pemimpin rumah panjang untuk kekalkan kesejahteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BELAGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon menyeru masyarakat di sini untuk menyokong pemimpin rumah panjang atau ketua kampung dalam mengekalkan kesejahteraan dan keamanan.

Menurut Kennedy Chukpai rakyat juga perlu berganding bahu untuk menyokong segala usaha yang diambil oleh pemimpin rumah panjang memajukan kampung dalam suasana yang aman damai tanpa sebarang perbalahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertabalan dan Kesyukuran Paren Lebu’ Uma Kelep di Belaga, di sini semalam.

Kennedy Chukpai juga menggesa kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya memberi perhatian terhadap usaha Ketua Kampung untuk mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk kampung.

Bagi menyokong aktiviti, beliau telah menyumbang RM15,000 kepada Ahli JKKK Uma Kelep.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU