Sokong petugas barisan hadapan

LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Hasbi Habibollah mengagihkan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada Hospital Limbang baru-baru ini.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang itu berkata, sumbangan diberikan itu di bawah peruntukan khas Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, sumbangan berkenaan merupakan tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang menangani penularan Covid-19.

“Sumbangan ini akan dapat digunakan untuk membina bilik air dan tandas di kawasan pemindahan wad sementara.

“Diharapkan dengan adanya sumbangan ini, akan memudahkan urusan petugas barisan hadapan kita,” katanya semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau Faris Hasli.