KUCHING: Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memberi dukungan kuat untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, hanya menerusi kerjasama utuh dalam kalangan komponen Kerajaan Perpaduan ini mampu membentuk politik yang stabil dan seterusnya menyatu padu rakyat bagi mengangkat semula ekonomi negara.
“Dengan semangat perpaduan ini, dengan keadaan politik yang stabil ini, kerajaan dapat memanfaatkan seluruh kekuatan membela nasib rakyat Malaysia,” kata Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada Sabtu malam di Kuching.
Menurut Anwar, kesan daripada kerjasama ini juga membolehkan Kerajaan Perpaduan menumpukan strategi pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya mempersiap kedua-dua wilayah, ekoran perancangan Indonesia memindahkan ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan.
10:27 AM