Sokongan ibu bapa penting untuk kejayaan anak-anak

BINTULU: Sokongan moral dan  peranan  dan ibu bapa mampu membawa impak yang besar dalam mewarnai zaman kanak-kanak yang melalui peredaran zaman yang amat pantas.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip, berkata sokongan moral dan peranan ibu bapa amat penting dalam memberi dorongan kepada anak-anak untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

Beliau yakin dengan cara dan kaedah yang betul, anak-anak akan didedahkan dengan ilmu yang berguna serta pengalaman berharga sepanjang sesi pembelajaran.

Berucap pada Konvokesyen Sedidik Zon Bintulu Kali Ke-28 di Hotel Promenade di sini, Talib turut mendoakan kejayaan semua anak-anak yang hadir dengan cemerlang dalam kehidupan yang mendatang.

Talib menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kanak kanak pada Konvokesyen SeDidik Zon Bintulu kali ke-28 tahun 2019.

ADUN Jepak itu turut berharap agar usaha sebegini akan dapat meningkatkan mutu dan kualiti keluaran SeDidik terutamanya Zon Bintulu.

Pada masa yang sama, beliau dedikasi serta komitmen pihak  SeDidik dalam memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak terutamanya di Bintulu.

Seramai 86 orang penerima sijil penghargaan dalam Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Bintulu kali ke-28 tahun 2019.

Timbalan Residen Bintulu Husaini Hakim, Pengurus Kanan Kewangan dan Pentadbiran SeDidik, Rodziah  Bunsu Drahman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bintulu, Catherine Anak Machop, Pemangku Pengurus Operasi Sedidik Zon Bintulu, Noraini Mahdi dan Temenggong Haji Rosli Kamaruddin hadir sama.

Suara Sarawak