ARTIKEL

TAHNIAH…Royston menyampaikan hadiah kepada salah seorang atlet dalam Majlis Penangguhan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka Sarawak 2026, baru-baru ini. P2-P3:

Sokongan ibu bapa perkasa pembangunan wushu Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sokongan padu daripada ibu bapa, komuniti serta pelbagai pihak berkepentingan menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan positif sukan wushu di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, Persatuan Wushu Bahagian Mukah telah menunjukkan kekuatan tersendiri hasil sokongan berterusan daripada ibu bapa yang sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut.

“Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan atlet yang berpotensi serta membantu membentuk sahsiah, disiplin serta keyakinan diri anak-anak melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.

“Apabila ibu bapa memberikan sokongan penuh kepada anak-anak, mereka bukan sahaja berpeluang mengembangkan bakat dalam bidang sukan, malah dapat membentuk peribadi yang lebih berdisiplin dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka Sarawak 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Mukah, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Royston turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti setempat serta para penaja yang terus memberikan sokongan, khususnya dari segi kewangan, bagi memastikan pembangunan sukan wushu dapat diteruskan.

Jelasnya, kerjasama erat antara masyarakat, penaja dan badan sukan membolehkan pelbagai program pembangunan atlet dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Dengan hasil kerjasama tersebut turut membuka ruang kepada atlet-atlet Sarawak untuk mengembangkan bakat sehingga berjaya mewakili negeri dan negara dalam kejohanan wushu serta pertandingan di peringkat lebih tinggi.

“Kerjasama yang baik sentiasa membawa kepada hasil yang baik,” tambahnya.

RAKAM KENANGAN….Royston merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis tersebut.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan