Trending

Sokongan padu pengundi Melayu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu, berkata pihaknya ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberi sokongan.

“PN juga mengucapkan tahniah kepada 146 calon PN yang menang. Ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan kepada PN yang bertanding sebanyak 245 kerusi

. “Ini bermakna PN telah memenangi sebanyak 60 peratus kerusi yang ditandingi,” katanya pada sidang media selepas pengumuman rasmi keputusan pilihan raya itu di Hotel Concorde tengah malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu. 

Muhyiddin berkata kejayaan PN mempertahan Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan kemenangan besar membuktikan sokongan padu pengundi Melayu kepada gabungan itu.

PN turut mempertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil selepas calonnya Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Ahmad Amzad Hashim mengalahkan calon Pakatan Harapan Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi.

Ahmad Amzad memperoleh 68,369 undi berbanding Azan yang mendapat 21,103 undi.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera parti, semua pengundi dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, petugas keselamatan serta mereka yang terlibat dalam PRN kali ini. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada