ARTIKEL

Kredit: Solarvest | BERNAMA

Solarvest bekerjasama dengan GreenRock Energy dari Taiwan bangun projek tenaga hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pakar tenaga bersih Solarvest Holdings Bhd bekerjasama dengan pemain industri tenaga boleh baharu, GreenRock Energy dari Taiwan untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian tenaga hijau di Taiwan dan Malaysia. 

Solarvest berkata sasaran GreenRock Energy adalah untuk mencapai satu gigawatt (GW) projek tenaga boleh baharu dalam tempoh lima tahun akan datang, justeru, perkongsian tersebut merupakan satu kemajuan penting bagi syarikat tersebut.

“Melalui kerjasama ini, GreenRock Energy menyasar untuk meluaskan pengembangan serantaunya dengan memanfaatkan kekuatan Solarvest di Malaysia dan pasaran Asia Tenggara, sekali gus memacu transformasi tenaga dan pembangunan mampan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Solarvest berkata, GreenRock Energy juga optimis terhadap prospek tenaga hijau Malaysia dan komited untuk menerajui revolusi tenaga bagi mencapai kadar pelepasan karbon yang rendah pada masa depan. 

Menurutnya, GreenRock Energy merupakan syarikat Taiwan pertama yang mengambil bahagian dalam projek tenaga hijau kerajaan Malaysia.

Setakat Mac 2024, Solarvest mencapai 1.2 GW rekod prestasi projek di peringkat serantau, dengan 440 megawatt (MW) projek dalam pembinaan dan 348 MW aset solar, mencerminkan penerajuan dan pengalaman luas syarikat itu di peringkat serantau.

Solarvest menyediakan perkhidmatan menyeluruh, termasuk pembangunan solar, reka bentuk, penggunaan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pengurusan aset. 

Selain Malaysia, Solarvest juga membangunkan perniagaan tenaga boleh baharu di Taiwan, Singapura, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan GreenRock Energy dalam projek agrivoltaik dan akuavoltaik berskala besar, menyasarkan projek dengan kapasiti 500 MW di Taiwan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara