ARTIKEL

Solidariti tuntut keamanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ACAP kali kita menyaksikan video di kaca televisyen, bahkan muat naik perkongsian tentang konflik di Palestin di platform media sosial.

Semakin rancak isu berkenaan diperdebat di pentas pemerintahan kuasa besar dunia.

Majoriti mahukan keganasan dan penindasan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Kita di sini hanya mampu mendengar dan melihat berita dari media arus perdana antarabangsa.

Sejauh mana kebenaranya?

Seolah-olah ada tangan ghaib yang mengarahkan laporan dibuat bertentangan dengan prinsip kewartawanan.

Setakat pojok ini ditulis, konflik Palestin-Israel berlangsung dengan pengeboman secara berterusan, angka korban terus meningkat, rakyat yang tidak berdosa terus menjadi korban dan cedera.

Kehilangan harta benda, kemusnahan tempat tinggal, ibarat menjadi kebiasaan di Gaza.

Penting untuk kita menyampaikan berita sahih kepada masyarakat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

BANTUAN

Walaupun tidak berada di sana membantu secara terus, namun kita masih boleh menghulurkan bantuan baik kewangan atau doa.

Malah, sesiapa sahaja boleh membantu secara terbuka, tanpa mengira latar belakang agama dan kaum bagi menentang keganasan.

Komuniti di seluruh dunia bersolidariti, bersatu padu untuk bersama-sama rakyat di Palestin, kita boleh saksikan sendiri bagaimana jalan di bandar utama dunia dibanjiri ribuan penduduk yang mahukan penderitaan Palestin dihentikan.

Isu ini mendapat tarikan antarabangsa dan para pemimpin dunia berkumpul untuk mencipta penyelesaian, tetapi dilihat tidak mencukupi.

Palestin boleh diibaratkan sebagai penjara terbesar di dunia berikutan kepungan di seluruh pelosok sempadan oleh rejim Israel sejak bermulanya konflik tersebut. 

Bayangkan seramai 7,300 manusia dibunuh dalam tempoh tiga minggu?

Itu bukanlah pertahanan diri, ia jelas pembunuhan beramairamai.

Bahkan, perang pun ada peraturannya sendiri yang harus dipatuhi — bukan sasarannya orang yang tidak bersalah, kanak-kanak dan bayi.

Pengeboman juga tidak boleh dilakukan di kawasan kediaman, selain itu tidak seharusnya wartawan yang menjadi sasaran semata-mata untuk mendiamkan mereka.

Pada masa ini, pemadaman komunikasi berlaku, rakyat Palestin yang tinggal di Gaza tidak dapat menghubungi keluarga mereka, tidak dapat meminta bantuan, tidak dapat menunjukkan kepada dunia kekejaman yang dilakukan terhadap mereka.

Konflik peperangan, pengeboman bertali arus masih berlaku di Gaza, keadaan ini memaksa pemimpin dunia menerusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) merangka resolusi agar gencatan senjata dibuat.

Ia bagi menghentikan peperangan, serta korban mangsa yang semakin meningkat saban waktu, namun malangnya tidak semua yang mengundi untuk bersetuju.

GENCATAN SENJATA

Sebanyak 14 negara mengundi menolak gencatan senjata segera di Genting Gaza.

Undian tersebut dibuat susulan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).

Keputusan undian gencatan senjata segera dibentangkan ketika Sidang Khas Tergempar ke-10 UNGA yang berlangsung di New York, baru-baru ini.

UNGA menerima resolusi yang menggesa gencatan senjata segera selain bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 menyaksikan resolusi yang diusulkan Jordan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Resolusi draf yang diketuai oleh Jordan tentang krisis itu mendapat sokongan awal daripada lebih 40 negara ahli, termasuk Mesir, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Serangan ini harus dihentikan dan hidupkan semula nilai kemanusiaan yang disekat.

Sejak konflik bermula 7 Oktober lalu, penduduk di Gaza berdepan kesulitan apabila pintu sempadan ditutup, bekalan makanan, air, elektrik, komunikasi turut disekat oleh Israel.

Hosptital musnah dibom, bayangkan bagaimana nasib pesakit menerima rawatan dan pasukan perubatan yang bertugas.

Sedangkan apabila kawasan kediaman kita terputus bekalan elektrik, kita menggelabah dan terus menghubungi pihak berkaitan menghidupkan semula bekalan utiliti itu.

Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan mereka apabila berdepan situasi berat ini setiap hari. Marilah kita bersolidariti untuk bersama-sama rakyat Palestin, berjuang membebaskan diri daripada cengkaman kekejaman zionis Israel. Ketepikan perbezaan politik, agama dan kepercayaan, ini penting dalam menyatakan sokongan kepada isu kemanusiaan.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU