ARTIKEL

Soon Koh berdukacita pemergian Masing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Di sebalik semua perbezaan politik dan pertelingkahan kami, saya mesti mengatakan bahawa pemergiannya (Tan Sri James Jemut Masing) yang terlalu awal adalah satu kehilangan besar kepada Sarawak,” kata Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Menurut bekas rakan seperjuangan Masing itu ketika di dalam Barisan Nasional (BN), beliau dan isteri, Datin Seri Pauline Leong amat berdukati apabila mengetahui Masing meninggal dunia pagi tadi.

Soon Koh berkata beliau dan isteri mengenali Tan Sri James dari zaman belajarnya di Tingkatan 6 sebagai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan berkaliber dalam kepimpinan yang cemerlang.

“Sememangnya wajar beliau terus menjadi ahli politik yang berjaya, memuncak dengan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

“Kami akan merindui beliau dan mengucapkan takziah kepada isterinya, Puan Sri Datin Amar Dato Corrine Masing sekeluarga…semoga rohnya tenang dan abadi di syurga,” katanya.

Sementara, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen turut mengucapkan takziah kepada keluarga Masing.

“Sedih mendengar pemergiannya…beliau telah mencapai perkara yang hebat dalam politik Sarawak, semoga rohnya tenang,” katanya.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU