ARTIKEL

SOP baharu semua masjid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua masjid di negeri ini dalam masa terdekat.

Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha berkata cadangan itu diambil setelah mengambil kira Sarawak telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.

Katanya, mesyuarat rasmi MIS berkaitan SOP masjid telah diadakan Selasa lalu, namun perinciannya masih dalam perbincangan sehinggalah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Walaupun telah memasuki fasa 4, kita harus hormat SOP sedia ada untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

“Insya-Allah Majlis Islam atas keputusan JPBNS akan mengeluarkan SOP terbaharu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya dibangunan Baitulmal Kuching semalam.

Sementara itu, Misnu turut mengulas berkaitan penangguhan jemaah umrah yang berkuat kuasa pada 8 Januari 2022. Misnu berkata, pihaknya akur dengan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, beliau berharap ia tidak akan berlarutan dan mengambil masa yang panjang

“Kami daripada pihak MIS akur dengan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya berharap kebenaran untuk pintu jemaah umrah dipercepat kerana ia seharusnya tidak menjadi masalah sekiranya SOP ketat dilakukan,” ujarnya.

Tambah Misnu, ramai jemaah yang telah bersedia tetapi disebabkan wabak yang masih membimbangkan dan ditambah dengan kemunculan varian baharu (Omicron), keputusan ini dianggap sebagai satu inisiatif menjaga keselamatan para jemaah.

Justeru, Misnu berharap kerajaan membenarkan pintu jemaah umrah dibuka walaupun dengan penetapan SOP yang ketat.

Terdahulu seramai 400 jemaah umrah yang telah berdaftar di Sarawak terpaksa menangguhkan ibadah sehingga tarikh baharu dimumkan.

Untuk rekod KKM memaklumkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Disember 2021, sebanyak 2,763 kes positif Covid -19 telah dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA)

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU