ARTIKEL

SOP lebih ketat mulai 25 Mei hingga 7 Jun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak memutuskan untuk memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) mulai 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Menurut kenyataan JPBNS, SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu diputuskan berikutan peningkatan kes yang semakin ketara.

“Bagi pembahagian zon, zon Kuching akan dipecahkan kepada daerah Kuching dan Samarahan. Manakala bagi zon Serian merangkumi bahagian Serian sahaja.

“Bagi zon Lundu, ia merangkumi daerah Lundu manakala zon Bau membabitkan daerah Bau sahaja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah JPBNS, semua pergerakan antara zon-zon ini dibenarkan bagi perkhidmatan perlu, orang yang bekerja dan kecemasan serta memerlukan permit polis.

“Bagi penduduk yang bekerja tetap di empat zon berkenaan yang terkesan dengan perubahan ini adalah dikecualikan dari keperluan swab test setiap 14 hari sekali dan dibenarkan untuk mendapatkan permit polis dengan mengemukakan surat dari majikan,” katanya.

Selain itu, JPBNS turut mendedahkan bahawa tempoh operasi bagi semua sektor dibenarkan bermula jam 6 pagi hingga jam 8 malam.

“Bagi kawalan pergerakan tambahan, hanya tiga orang dibenarkan dalam kenderaan persendirian, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan munasabah,” katanya.

Sementara itu, JPBNS menjelaskan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang.

Malah, penggunaan MySejahtera hendaklah diutamakan dengan operator premis perlu memeriksa status pelanggan dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai risiko rendah sahaja dibenarkan masuk ke premis mereka.

Menurut JPBNS lagi, kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor awam adalah terhad pula kepada 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk petugas barisan hadapan) dan 80 peratus secara Bekerja Dari Rumah (BDR).

“Kapasiti pekerja sektor swasta adalah ditetapkan hanya terhad kepada 60 peratus kehadiran sahaja.

“Seterusnya, mesyuarat bersemuka bagi urusan rasmi dan kerja adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Ujar kenyataan itu, semua aktiviti sukan bagi tujuan latihan dan penganjuran pertandingan dan kejohanan adalah tidak dibenarkan.

“Juga tidak dibenarkan adalah semua aktiviti sukan serta rekreasi awam kecuali joging dan senaman yang dilaksanakan secara individu,” tegasnya.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU