ARTIKEL

SOP PKP S’wak terkini, banyak sektor dibenarkan operasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat lebih banyak sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Sarawak khususnya melibatkan penjualan makanan dan minuman (F&B).

Perkara tersebut telah dinyatakan melalui prosedur operasi standard (SOP) terkini yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Mei lalu.

Sehubungan itu, aktiviti premis atau runcit yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh PKP ini adalah mereka yang berlesen.

Antaranya adalah restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kios.

Bagaimanapun, ia hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran sahaja. Tidak dibenarkan ‘park dan dine-in’.

Selain itu, kedai cermin mata dan kedai dobi termasuk dobi layan yang tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini sudah boleh beroperasi semula mengikut kapasiti.

Dalam hal berkaitan, antara aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi adalah sektor swasta yang tidak disenaraikan di dalam Perkhidmatan Perlu.

Antaranya, agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino; kedai perabot, kedai peralatan sukan; salun atau kedai gunting rambut; pusat cuci kenderaan; kedai barang kemas; kedai buku dan alat tulis kedai aksesori kenderaan, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai alat permainan, kedai bunga dan nurseri, dan premis kafe siber .

Ia juga termasuk perkhidmatan urut, spa dan refleksologi, wellness, pusat rawatan kecantikan serta perkhidmatan
pedicure dan manicure; pusat-pusat gimnasium dan Premis atau Studio yang digunakan bagi tujuan aktiviti yoga, zumba dan aktiviti seumpamanya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi