KUCHING: Meskipun lega selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 Isnin lalu, tidak bermakna atlet skuad Tenpin Boling Para Sukma Sarawak bebas dalam melaksana tugas harian.
Sebaliknya, mereka diperingatkan untuk sentiasa mengutamakan prosedur operasi standart (SOP) sebagai mana rutin sebelumnya.
Presiden Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak (PTBPNS), Jimmy Siang menegaskan, pihaknya akan memantau atlet dalam skuad berkenaan setiap masa.
“Atlet dari skuad Tenpin Boling Para Sukma sudahpun menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 pada hari Isnin lepas.
“Ingatan saya kepada mereka agar sentiasa mematuhi SOP sepanjang melaksanakan tugas harian,” tegas Jimmy kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Jimmy akui, kelegaan dialami para atletnya ketika ini selepas proses vaksinasi tempoh hari kerana secara tidak langsung telah menghadir kembali semangat mereka untuk fokus semasa latihan.