MENERUSI video TikTok yang tular, pelakon Sophia Albarakbah mengunjungi pusat rawatan kiropraktik bagi melegakan masalah tulang belakang yang dihadapinya.
“Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang.
Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.
“Saya tak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila saya menjalani penggambaran drama yang agak panjang,” ujarnya.
Menurut Sophia, dia sudah lama menghidap masalah tulang belakang lumbar yang menyimpang ke kiri sehingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri terlalu lama.