ARTIKEL

Sorok gula, minyak masak paket, peniaga berdepan denda RM1 juta, penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Bintulu menyita gula pasir dan minyak masak paket yang dipercayai cuba disorok salah sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Ketua Cawangan KPDN Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata,  gula pasir putih bertapis kasar, 400 kilogram (kg) dan minyak masak paket seberat 272 kg itu, disita selepas pihaknya menerima aduan yang ditularkan media sosial tempatan, Bintulu News Page.

Antara barangan yang disita dalam operasi KPDN di salah sebuah pasar raya di Bintulu.

Susulan itu katanya, sepasukan penguat kuasa KPDN Bintulu melakukan pemeriksaan ke atas semua pasar raya tumpuan melalui OPS Sorok. 

“Pemeriksaan ke atas salah sebuah pasar raya mendapati tiada minyak masak paket dan gula bersubsidi di rak-rak pasaraya tersebut.

“Bagaimanapun setelah membuat pemeriksaan lanjut kami menjumpai semua barangan yang bernilai RM1,820 itu disimpan di satu ruang premis itu yang disyaki disorok,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, antara syarat sah yang perlu dipatuhi pelesen adalah memastikan bekalan khususnya barangan kawalan sentiasa ada sepanjang masa seperti yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1974.

Pasaraya terbabit katanya, juga diminta mengisytiharkan stok, di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pasar raya terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan menyorok barang kawalan,” katanya.

End/3

Antara barangan yang disita dalam operasi KPDN di salah sebuah pasar raya di Bintulu.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian