ARTIKEL

Anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Bintulu menyita 510kg minyak masak paket bersubsidi daripada sebuah pasaraya di Kudurong, semalam.

Sorok lebih 500 kg minyak masak paket, peniaga bakal berdepan tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Seorang peniaga berdepan tindakan selepas didapati menyorok 510 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi di sebuah pasaraya di Kidurong, di sini semalam.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDN) Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata, peniaga ini bakal berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Dalam Ops Sorok yang dijalankan pasukan penguatkuasa KPDN Cawangan Bintulu, mendapati pasaraya tersebut menyimpan barang kawalan minyak bersubsidi di kawasan yang tidak dilesenkan.

“Ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan, mendapati tiada terdapat  minyak masak paket di rak-rak pasaraya tersebut.

“Hasil pemeriksaan, mendapati sebanyak 510 kilogram (kg) minyak masak disimpan di ruang setor premis yang disyaki disorok,” katanya.

Ujarnya, kesemua minyak masak bersubsidi itu dengan nilai anggaran RM1,275  kemudiannya disita untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika sabit kesalahan, pasaraya terbabit  boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua – duanya, atas kesalahan menyorok barang kawalan.

Baca lain  287 program, 12 projek intervensi sokongan tangani isu sosial di Sarawak
Minyak masak paket bersubsidi yang disita dalam Ops Sorok KPDN Cawangan Bintulu di sebuah pasaraya di Kidurong, semalam.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Mohon dana ikut keperluan

KUCHING: Rumah ibadat yang memerlukan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diseru untuk membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar. Timbalan Premier Datuk

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Kapit meruan ba ati

TUSUN KETERUBAH TAJA udah tu bejalai jauh beribu batu meri servis pengerai ngagai mensia mayuh ba selampur Sarawak tauka menua bukai, Kapit meruan lekat ba