ARTIKEL

Sotong tutok ‘legend’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP kali tibanya Ramadan, sotong tutok pasti mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Hidangan ini sering dinikmati untuk santapan ketika moreh.

Peniaga sotong tutok, Salim Berahim, 65, berkata, dia kembali berniaga di Bazar Ramadan Satok selepas empat tahun tidak berniaga di situ.

“Sebelum ini kami berniaga di pusat penjaja Aneka Rasa, Satok.

“Selepas berniaga di sini (Bazar Ramadan Satok), kami kembali berniaga di Aneka Rasa,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Katanya, sotong tutok sangat unik dari segi cara penyediaan.

Sotong kering dibakar di atas bara arang sebelum diambil dan diketuk-ketuk menggunakan tukul.

“Ia satu tarikan, terutamanya kepada pelancong kerana mereka pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang hidangan ini. “

Generasi kini juga tidak semua tahu keistimewaan hidangan ini.

 “Kayu belian yang digunakan sebagai alas mengetuk sotong dibeli pada harga RM100.

Saya berpengalaman 34 tahun berniaga hidangan ini dan menukarnya (tempat mengetuk sotong) berkali-kali.

“Yang lama masih ada tetapi tidak boleh digunakan. Saya sayang untuk membuangnya kerana dianggap kenangan,” katanya ketika ditemu bual ditemui di Bazar Ramadan Satok, baru-baru ini.

Tambah peniaga berasal dari Kampung Lumba Kuda ini, dia mula berniaga pada 1990.

“Pada awal perniagaan, ia hanya berharga RM18 satu kilogram dan kini sotong besar berharga RM220 sekilogram, manakala sotong kecil RM170 sekilogram,” jelasnya.

Selain menjual sotong tutok, gerai salim juga menjual hidangan berbuka puasa lain.

Antaranya, popia, sotong goreng, bak chang, roti john, sambal sotong tutok, rojak suntong kangkong, rojak buah dan rojak tauhu.

Katanya lagi, anak lelakinya akan mewarisi perniagaan ini nanti setelah dia memilih untuk bersara.

Cabaran berniaga bagi Salim adalah harga barangan yang naik mendadak.

“Harga barangan semakin meningkat, saya pun pening.

“Kami risau tiada pelanggan yang membeli kerana mahal,” katanya.

Jelasnya lagi, “Ada yang kata sotong tutok kami mahal, tapi kami sebagai peniaga pun tidak boleh berbuat apa-apa.

“Dengan harga barangan yang semakin meningkat, mustahil kami sebagai peniaga tidak naikkan harga.

“Ada juga yang faham situasi kami dan terus membeli tanpa menyoal harga barangan,” ujarnya.

Untuk itu, Saalim berharap pelanggan memahami keadaan mereka sebagai peniaga

DALAM TALIAN

Selain berniaga secara berdepan dengan pelanggan, Salim turut menjual sotong tutok menerusi platform media sosial seperti Facebook Sotong Salim.

“Ada pelanggan kami yang berasal dari Brusells, Belgium.

Ada pelanggan sebelum pergi umrah, dia membeli untuk dibawa ke sana kerana risau tiada makanan yang boleh mereka makan dan dijadikan bekal,” jelasnya.

Tambahnya, gerai sotong Salim menjadi tarikan bukan sahaja kerana sotong tutok, tetapi disebabkan sambal sotong tutok dengan resipi warisan keluarga.

“Bagi saya kelebihan kami ialah sambal sotong buatan sendiri.

“Harga sambal kami bermula RM13 untuk botol kecil dan RM20 untuk botol besar.

“Ia juga boleh dimakan dengan mi goreng, cucur, ikan goreng dan kegunaan barbeku,” katanya.

Menurut Salim, pada Ramadan ini, mereka mengambil stok lebih banyak berbanding hari biasa bagi menampung peningkatan permintaan. “Biasanya kami mengambil sekitar 15 hingga 20 kilogram.

Untuk Ramadan ini kami mengambil stok lebih banyak dan menggunakan sotong yang diimport dari Thailand dan Korea.

“Sotong yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah setelah disalai sangat berkualiti, lembut dan tidak berlendir,” katanya.

BERITA LAIN

Teknik belajar berkesan

SERAMAI 27 pelajar menyertai program ‘Teknik Belajar Berkesan’ anjuran Jawatankuasa Masyarakat Ikram Kuching pada Sabtu lepas. Kesemua peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan

Promosi pelbagai budaya Sarawak di pentas antarabangsa

“Saya baru pulang daripada pertandingan peragaan di Vietnam sehari sebelumnya dan mempunyai masa kira-kira tiga jam untuk membuat kelengkapan gaun terakhir serta pakaian tradisional. “ Bagaimanapun,

Gadis Bidayuh juara Miss Supranational Malaysia 2024

WANITA cantik kelahiran Lundu, Andreana Celly, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai anak Bidayuh pertama untuk memenangi gelaran Miss Supranational Malaysia 2024. Gadis berusia 20

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau