ARTIKEL

SpaceX lancar 22 satelit Starlink ke orbit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan, umum syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) itu pada Isnin, lapor Sputnik.

“Falcon 9 melancarkan 22 (Starlink) satelit dari SLC-40 (pad pelancaran di hujung utara Cape Canaveral) di Florida,” ciap syarikat itu sambil menambah penempatan semua satelit telah disahkan.

Pelancaran itu pada Ahad ditangguhkan dua kali kerana cuaca buruk.

Starlink ialah rangkaian satelit yang direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar ke seluruh dunia.

Setakat kini, terdapat 4,200 satelit Starlink di orbit Bumi sejak projek itu diuruskan pemilik Spacex, Elon Musk sejak 2018.-BernamaSputnik

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU