ARTIKEL

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (tengah), ketika sidang media khas di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. - Foto: BERNAMA

Speaker DUN Kelantan sahkan kerusi DUN Nenggiri kosong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU, Kelantan: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disahkan kosong bermula hari ini, kata Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, pada 13 Jun lepas.

Beliau berkata, selain itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian, dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan. 

“Oleh yang demikian, saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri yang diwakili Mohd Azizi,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Kompleks Kota DarulNaim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata dengan ini, menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan.

Mohd Amar berkata perkara itu turut melibatkan perkembangan isu kerusi DUN Neggiri selepas Mohd Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, sebelum ini mengikrar sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bidang kuasanya sebagai Speaker hanya mengisytiharkan kekosongan, dan SPR akan menentukan tarikh pilihan raya kecil nanti, dan kerusi DUN itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis kekosongan.

Sebelum ini, media melaporkan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) serta ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat