MIRI: Sarawak sedang berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk pemberian rangkaian 5G 700 megahertz (MHz) kepada Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bagi memacu ekonomi digital di wilayah ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, spektrum itu sangat diperlukan, bagi membolehkan rangkaian Internet berkelajuan tinggi dapat dinikmati termasuk di kawasan luar bandar.
“Sekarang, spektrum ini hanya diberikan kepada syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis.
“Malangnya, syarikat-syarikat ini enggan memperluas perkhidmatan mereka ke kawasan terpencil kerana terdapat kurang perniagaan dan tidak ada keuntungan.
“Sebab itu, kita berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk memberi spektrum kepada agensi-agensi Sarawak bagi membolehkan kita menyediakan rangkaian Internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar,” katanya.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Apr 2021